Sunday, August 1, 2010

Apartment 2 bilik Tiara Beach Resort

Apartment 2 Bilik Tiara Beach Resort
( Digalakkan baca FAQ Dahulu )

Kami mempunyai 2 unit Apartment 2 bilik (Country view)

  • Blok E, tingkat 1 (E-1-1)
  • Blok G, tingkat 1 (G-1-17)
Apartment ini mempunyai ruang tamu yang luas, dilengkapi dengan meja Makan, Sofa dan set TV
Bilik Utama mempunyai katil Queen, Manakala Bilik kedua mempunyai 2 katil Super Single.
2 Tandas, 1 di bilik Utama, dan 1 lagi di ruang tamu

Kemudahan
  • Aircond
  • Towel 4 helai
  • Mini Fridge
  • TV
  • Sofa
  • Meja Makan
Rate
Weekday - RM200/Malam
Weekend - RM230/Malam
Cuti Sekolah - RM230/Malam

*Deposit rm100/Malam diperlukan semasa Booking

Contact person
Tuah @ Fariz
  • email : tuah[at]pie2020.com
  • tel / whatsapp : 013 -393 1828
Checkin : 3pm
Checkout : 12noon


Cara Nak Booking

  1. Tuan/Puan boleh contact seperti di atas untuk bertanyakan kekosongan unit kami
  2. sekiranya available, sila sms nama penuh tuan/puan.saya akan sms semula nama penuh dan juga no account untuk tujuan deposit.
  3. Once tuan/Puan dah trasnfer duit deposit, sila sms saya Berapa RM dan bila.
  4. Once saya confirm terima duit, saya akan sms nama dan nombor orang yang perlu dihubungi di sana(TBR). Beliau akan pass kunci dan terima duit balance.
  5. GELANG MANDI TIDAK DISEDIAKAN. TUAN / PUAN BOLEH BELI SENDIRI DI KAUNTER. HARGA ADALAH 

contoh:-
sekiranya anda checkin Sabtu petang, anda beli 1 gelang utk 1 sesi utk petang sabtu. kalau beli 2 gelang, anda boleh guna untuk petang sabtu dan pagi ahad. 
  • Sesi Pagi  8.00AM - 12.00PM
  • Sesi Petang 12.30PM - 7.00PM

    Berminat dan ingin tahu bagaimana kami mampu beli dan urus hartanah untuk menjana keuntungan? sila layari Seminar Jutawan Hartanah

    E-1-1












    *maaf, tiada gambar lagi untuk unit G-1-17, tetapi keadaannya adalah hampir sama.

    Studio Room Tiara Beach Resort

    Studio Room Tiara Beach Resort

    Studio room di TBR adalah sebuah bilik kecil yang berbentuk L. Bilik ini sesuai untuk keluarga yg kecil,kerana bilik ini mempunyai 2 katil SUPER SINGLE(lebih besar dari katil single biasa).

    terdapat 2 jenis studio room, iaitu menghadap pool dan menghadap country (pokok pokok).

    setakat ini kami mempunyai 6 buah studio room, 4 adalah studio poolview, manakala 2 lagi adalah studio countryview.

    Kemudahan
    • Aircond
    • Towel 2 Helai
    • Mini Fridge
    • Water Heater
    Rate:
    Studio Room Country View
    Weekday - RM120/Night
    Weekend - RM140/Night
    Cuti Sekolah - RM140/Night

    Studio Room Pool View
    Weekday - RM140/Night
    Weekend - RM160/Night
    Cuti Sekolah - RM160/Night

    Deposit RM100/Night diperlukan semasa booking.


    Contact person
    Tuah @ Fariz
    • email : tuah[at]pie2020.com
    • tel / whatsapp : 013 -393 1828
    Checkin : 3pm
    Checkout : 12noon



    Cara Nak Booking

    1. Tuan/Puan boleh contact seperti di atas untuk bertanyakan kekosongan unit kami
    2. sekiranya available, sila sms nama penuh tuan/puan.saya akan sms semula nama penuh dan juga no account untuk tujuan deposit.
    3. Once tuan/Puan dah trasnfer duit deposit, sila sms saya Berapa RM dan bila.
    4. Once saya confirm terima duit, saya akan sms nama dan nombor orang yang perlu dihubungi di sana(TBR). Beliau akan pass kunci dan terima duit balance.
    5. GELANG MANDI TIDAK DISEDIAKAN. TUAN / PUAN BOLEH BELI SENDIRI DI KAUNTER. HARGA ADALAH 

    contoh:-
    sekiranya anda checkin Sabtu petang, anda beli 1 gelang utk 1 sesi utk petang sabtu. kalau beli 2 gelang, anda boleh guna untuk petang sabtu dan pagi ahad. 
    • Sesi Pagi  8.00AM - 12.00PM
    • Sesi Petang 12.30PM - 7.00PM


    List Unit
    Studio Room Country
    • D-3-19
    • E-2-5
    Studio Room Pool
    • D-4-26 (queen bed,not 2 super single)
    • E-2-6
    • E-4-16
    • F-4-22
    *No Blok-Tingkat-No unit.



    Gambar Unit E-2-5 dan D-3-19






    Gambar Unit D-4-26






    E-4-16




    F-4-22


    Sunday, January 4, 2009

    Bercuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan (Studio Suite PMC Sdn. Bhd)

    Mengenai Tiara Beach Resort

    Tiara Beach Resort (TBR) yang terletak di Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson adalah lokasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Kedudukan Port Dickson yang terletak berdekatan dgn lembah klang,menjadinya destinasi terdekat dan mudah dikunjungi oleh warga kota.

    Taman Tema yang seluas 8.4 hektar ini memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Resort Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana di taman tema ini terdapat kolam untuk kanak kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi bersaiz 5 kali ganda kolam olimpik.

    pada waktu malamnya pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke di bilik karaoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.

    sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dgn resort ini.



    Bagaimana hendak ke Tiara Beach Res
    ort

    Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson.

    Untuk Pengguna lebuhraya Utara Selatan (PLUS), mereka boleh keluar di tol Seremban Port Dickson dan menghala ke arah port dickson.

    Pengguna akan melalui tol sekali lagi dan pandu terus sehingga tiba di roundabout, sila ambil kiri (pukul 9). teruskan sahaja perjalanan sejuah 13km dan anda akan tiba di TBR.

    sebagai panduan, teluk kemang adalah di batu 8.


    Berminat dan ingin tahu bagaimana kami mampu beli dan urus hartanah untuk menjana keuntungan? sila layari Seminar Jutawan Hartanah

    FAQ

    Apa beza Tiara Beach Resort dengan Best Western?
    Best Western adalah company baharu yang mengambil alih urusan daripada pihak pentadbiran yang lama. sekarang Tiara Beach Resort dikenali sebagai Best Western.

    Studio ni bilik macam mana? apartment 2 bilik pula mcm mana?
    Studio ni bilik macam hotel. anda masuk, terus nampak katil (2 Super single). sesuai untuk 2-4 org. Apartment 2 bilik pula ada 2 bilik, bilik pertama ada 1 katil queen, bilik kedua ada 2 katil super single

    Apa beza unit kami dengan management?
    Kami adalah private owner, kami beli kemudian kami uruskan sendiri. semua nombor telefon yang anda dapat daripada website mudah.my atau blog blog persendirian,semuanya adalah private owner. kalau tuan hendak deal dengan management, sila hubungi management.

    Unit kami dalam kawasan Tiara Juga?
    Ya, unit kami sama blok dengan management, bukan diluar  kawasan Tiara.

    Kalau 2,3 malam, boleh dapat diskaun?
    Setakat nie, harga yang kami tawarkan ini adalah murah berbanding dengan TBR sediakan. Oleh itu tiada diskaun diberikan.tapi anda boleh mencuba nasib..tak salah kan ;)

    Apa kemudahan yg disediakan dalam bilik itu?
    Standard, 1 peti sejuk kecil, 1 water heater, 2 helai towel, sabun, 4 biji bantal.bg apt 2blk pula towel adalah 4helai

    ada extra bed?extra pillow?
    nope..tiada...semuanya seperti diatas...kami cuba mengekalkan harga pada minimum dgn tidak menyediakan barang2 tambahan.

    kolam tuh masuk kene bayar tak?
    dahulunya PERCUMA. kemudian gelang diperkenalkan, masih percuma. mulai 2011 hendak mandi kene bayar. Boleh Rujuk Jadual harga gelang

    Boleh buat BBQ?boleh masak?
    Tak boleh masak dan buat bbq sendiri.

    Ada nyanyi2, persembahan?
    Kene refer jadual di TBR

    Berapa org boleh masuk masuk bilik dalam sesuatu masa?
    Kami cadangkan 2 hingga 5 org sahaja. Kerana bilik adalah studio type.kalau apt 2blk 6-8org.


    Mcm mana nak tau bila nak checkin, jumpa siapa?
    Bakal2 penyewa akan dapat sms dari saya, memberitahu details cara untuk,bila,dgn sapa berurusan untuk checkin. Penting bagi saya untuk tau no HP bakal penyewa. Unit2 kami TIDAK ADA KAITAN dengan TBR, so jangan pula pergi ke frontdesk TBR untuk minta kunci, mmg takkan ada

    Breakfast disediakan?
    Tidak, kerana ini adalah unit peribadi, bukan dibawah pengurusan langsung TBR.

    Makan di dalam TBR atau diluar?
    Bergantung pada anda, jika malas untuk keluar, boleh sahaja makan di dalam compound TBR.kalau inginkan kelainan, boleh mencuba pelbagai jenis makanan di luar.

    Macam mana hendak pulang kunci dan checkout?
    Boleh call contact person kami.

    Boleh checkin awal tak?
    Standard checkin adalah pukul 3 petang. Sekiranya bilik disiapkan awal,bolehlah checkin awal (sedikit).untuk cuti sekolah tiada early checkin dibenarkan memandangkan jadual adalah padat.

    Macam mana nak bayar balance?
    Balance boleh dibayar semasa ambil kunci pada org yg pass kunci.


    Kereta boleh parking dalam compound TBR?
    Untuk unit Studio, 1 kereta dibenarkan. Untuk apartment 2 bilik, 2 kereta dibenarkan

    Tiara Beach Resort ni dekat dengan laut tak?
    Tiara Beach Resort bukan terletak berdekatan dengan pantai. anda perlu naik kereta untuk pergi ke pantai terdekat (blue lagoon) 4km, dan 8km ke teluk kemang. Tarikan utama Tiara Beach Resort adalah kolam buatannya yang besar.

    saya tak percaya awak? Mcm mana saya nak tau awak nie penipu ke, apa ke?ntah2 takde bilik.
    Kami PMC tidak memaksa anda semua untuk percaya pada kami.terpulang pada anda. Tapi bagi yang tau siapa kami, pernah menginap di TBR unit kami, atau pernah join aktiviti PMC…korang pon tau siapa kami. Tuan/ Puan pon boleh cuba contact management :) 


    Harapan kami.

    Kami cuba berkongsi kegembiraan menginap di TBR dengan mengenakan sewa pada kadar yang lebih murah dan mampu bayar kepada semua orang. Kami boleh berbuat demikian kerana unit ini adalah unit peribadi, dan kami cuba mengurangkan kos seminimum mungkin.

    Kami juga berharap agar penyewa2 unit kami dapat menjaga menjaga/menggunakan segala peralatan di dalam unit kami dengan baik. Kami juga berharap supaya penyewa penyewa tidak mengambil barang kami, secara sengaja maupon tidak sengaja. Minta kerjasama penyewa agar memeriksa terlebih dahulu sebelum checkout, sama seperti anda buat semasa hendak check out hotel.