Sunday, January 4, 2009

Bercuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan (Studio Suite PMC Sdn. Bhd)

Mengenai Tiara Beach Resort

Tiara Beach Resort (TBR) yang terletak di Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson adalah lokasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Kedudukan Port Dickson yang terletak berdekatan dgn lembah klang,menjadinya destinasi terdekat dan mudah dikunjungi oleh warga kota.

Taman Tema yang seluas 8.4 hektar ini memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Resort Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana di taman tema ini terdapat kolam untuk kanak kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi bersaiz 5 kali ganda kolam olimpik.

pada waktu malamnya pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke di bilik karaoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.

sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dgn resort ini.



Bagaimana hendak ke Tiara Beach Res
ort

Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson.

Untuk Pengguna lebuhraya Utara Selatan (PLUS), mereka boleh keluar di tol Seremban Port Dickson dan menghala ke arah port dickson.

Pengguna akan melalui tol sekali lagi dan pandu terus sehingga tiba di roundabout, sila ambil kiri (pukul 9). teruskan sahaja perjalanan sejuah 13km dan anda akan tiba di TBR.

sebagai panduan, teluk kemang adalah di batu 8.


Berminat dan ingin tahu bagaimana kami mampu beli dan urus hartanah untuk menjana keuntungan? sila layari Seminar Jutawan Hartanah

No comments: