Monday, May 25, 2009

Apartment 2 Bilik, Tiara Beach Resort

alhamdulillah, PMC maju setapak lagi dengan adanyer unit ke 3 kami di TBR, iaitu apartment 2 bilik.

unit ini mempunyai ruang tamu yg luas, dilengkapi dengan set televisyen dan meja makan. untuk kamar tidur pula, bilik pertama adalah bilik kelamin dimana 1 katil queen size disediakan, dengan toilet peribadi terletak didalam bilik. Bilik tidur kedua pula mempunyai 2 katil single, dan 1 lagi bilik mandi adalah bersebelahan dengan dapur.

kedua2 bilik ini dilengkapi dengan aircond.

mini fridge, towel disediakan.














ps:gambar diambil menggunakan kamera handphone.keadaan adalah sebelum adanya cadar baru...sekarang dah ada cadar, towel baru ;)

Thursday, April 23, 2009

Tarikh2 yg tidak available lagi

salam,

cuti sekolah datang lagiii!!!!

untuk memudahkan para pelanggan kami utk check sama tarikh mereka hendak checkin masih available atau tidak, saya akan cuba letakkan tarikh2 yg tidak lagi available.

country view
29/5 - 1/6 <- means 1/6 petang boleh checkin kalau berminat.sam juga untuk tarikh2 yg lain.
6/6 - 7/6
10/6 - 14/6

pool view
30/5 - 3/6
4/6 - 9/6
11/6 - 12/6


Apartment 2 Bilik
2/6 - 9/6

Seri Bulan
30/5 - 31/5
6/6 - 7/6
8/6 - 11/6


last updated on 28/5/09 11am

Tuesday, January 6, 2009

PROMOSI feb 2009!!

salam to all,

memandangkan sambutan hangat pada tahun lepas, dimana dalam bulan 12, non stop orang keluar masuk unit kami di TBR, belum kira bulan 11 lagi :), kami berbesar hati mahu mengadakan promosi sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberi

tarikh kuatkuasa : sepanjang bulan februari 2009 SAHAJA!!
harga:

country view
weekdays : RM99 semalam (woow!! tak sampai rm100)
weekend : RM 109 semalam (tambah sikit je :) )

pool view
weekdays : RM109 semalam( sila tgk rate biasa, rate ini sangat berbaloi dan murah)
weekend : RM139 semalam( mau komen juga ke? sendiri mau igt, weekend pool view harga ini,hehe )

so guys, harap korang dapat ambil kesempatan ini, dengan bercuti bersama keluarga...luangkan masa sedikit bersama keluarga, yang banyak support korang dari segala segi. release tension pon iya juga. otak mau fresh utk mulakan tahun baru nie :)

sila contact tuah/fariz di 013-3931828, or email mtx_matrix1@yahoo.com. email lah senang, senang mau reply penuh,senang mau keep track.

jangan lepaskan peluang ini!!! bgtau rakan2 dan keluarga anda yg berminat.

adios.

Sunday, January 4, 2009

Bercuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan (Studio Suite PMC Sdn. Bhd)

t

Mengenai Tiara Beach Resort


Tiara Beach Resort (TBR) yang terletak di Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson adalah lokasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Kedudukan Port Dickson yang terletak berdekatan dgn lembah klang,menjadinya destinasi terdekat dan mudah dikunjungi oleh warga kota.

Taman Tema yang seluas 8.4 hektar ini memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Resort Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana di taman tema ini terdapat kolam untuk kanak kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi bersaiz 5 kali ganda kolam olimpik.

pada waktu malamnya pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke di bilik karaoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.

sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dgn resort ini.






Bagaimana hendak ke Tiara Beach Res
ort

Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson


Unit Penginapan Kami


PMC Sdn. Bhd mempunyai 2 unit studio suite di Tiara Beach Resort. Satu daripada unit uni adalah country view, manakala satu unit lagi adalah swimming pool view. kedua dua unit ini terletak pada blok yang sama dan blok ini berdekatan dengan pool. Kami menawarkan harga penginapan yang berpatutan.

Country View (new rates effective March 2009)
Weekend (Friday to Sunday), Public Holiday and School Holiday
2 days 1 night = RM159
3 days 2 nights = RM318
4 days 3 nights = RM477

Weekday (Monday to Thursday)
2 days 1 night = RM109
3 days 2 nights = RM218
4days 3 nights = RM327

Swimming pool view
(new rates effective March 2009)
Weekend (Friday to Sunday), Public Holiday and School Holiday
2 days 1 night = RM179
3 days 2 nights = RM358
4 days 3 nights = RM537

Weekday (Monday to Thursday)
2 days 1 night = RM129
3 days 2 nights = RM258
4days 3 nights = RM387


Rate TBR untuk tujuan perbandingan <--sila click

Cara cara untuk booking


Kenal pasti tarikh pilihan percutian anda, dari berapa hb hingga ke berapa hb. anda boleh check kekosongan di SINI, atau pun boleh terus email saya.
  1. Email / YM saya untuk verify kekosongan untuk tarikh pilihan anda.
  2. Tunggu reply dari saya, untuk verify kekosongan dan confirm harga. saya akan mengambil RM100 SEMALAM upon booking. once dah bayar, tarikh booking anda adalah secured.

ps:cara penyerahan kunci boleh dibincangkan (boleh ambil di TBR)

check in : 3PM
check out : 12 noon

Fariz @ Tuah

:: YM - mtx_matrix1
:: Email - mtx_matrix1 [at] yahoo [dot] com

country view












pool view











FAQ

Kalau 2,3 malam, boleh dapat diskaun?
Setakat nie, harga yang kami tawarkan ini adalah murah berbanding dengan TBR sediakan. Oleh itu tiada diskaun diberikan.

Apa kemudahan yg disediakan dalam bilik itu?
Standard, 1 peti sejuk kecil, 1 water heater, 2 helai towel, sabun, 4 biji bantal.

kolam tuh masuk kene bayar tak?
Kolam adalah percuma,semua yg menyewa di TBR boleh menggunakannya dgn percuma. Kalau nak naik basikal ke, main game ke..tuh kene byr lah

Boleh buat BBQ?
Tak boleh.

Ada nyanyi2, persembahan?
Kene refer jadual di TBR

Berapa org boleh masuk masuk bilik dalam sesuatu masa?
Kami cadangkan 2 hingga 5 org sahaja. Kerana bilik adalah studio type.

Bilik2 ini dekat dgn kolam tak? Tingkat berapa?
Bilik2 ini dekat dgn kolam, country view di tingkat 2, pool view ditingkat 4. Both unit adalah sama blok


Mcm mana nak tau bila nak checkin, jumpa siapa?
Bakal2 penyewa akan dapat sms dari saya, memberitahu details cara untuk,bila,dgn sapa berurusan untuk checkin. Penting bagi saya untuk tau no HP bakal penyewa. Unit2 kami TIDAK ADA KAITAN dengan TBR, so jangan pula pergi ke frontdesk TBR untuk minta kunci, mmg takkan ada

Breakfast disediakan?
Tidak, kerana ini adalah unit peribadi, bukan dibawah pengurusan langsung TBR.

Makan di dalam TBR atau diluar?
Bergantung pada anda, jika malas untuk keluar, boleh sahaja makan di dalam compound TBR.kalau inginkan kelainan, boleh mencuba pelbagai jenis makanan di luar.

Macam mana hendak pulang kunci dan checkout?
Boleh call contact person kami.

Boleh checkin awal tak?
Standard checkin adalah pukul 3 petang. Sekiranya bilik disiapkan awal,bolehlah checkin awal.

Kalau nak mandi2 dulu?
Untuk masuk ke TBR,memerlukan sticker. Kalau ambil kunci by hand dgn saya, bolehlah saya bagi sticker, dan bolehlah penyewa masuk awal utk mandi2 dahulu..TETAPI still tak boleh checkin bilik selagi penyewa sebelumnya checkout dan bilik dikemaskan.

Macam mana nak bayar balance?
Balance sewa boleh dibayar ke akaun saya 2,3 hari sebelum checkin. Tapi bg 1st timer yg TAK PERCAYA( nak checkin dulu, baru bayar), boleh bayar cash kepada contact person saya.once dah berbuat demikian,sila sms saya. Bagi yg dah kenal saya, bolehlah byr terus balance ke acc saya. Pon sms/email saya untuk tujuan pemberitahuan.

saya tak percaya awak? Mcm mana saya nak tau awak nie penipu ke, apa ke?ntah2 takde bilik.
Kami PMC tidak memaksa anda semua untuk percaya pada kami.terpulang pada anda. Tapi bagi yang tau siapa kami, pernah menginap di TBR unit kami, atau pernah join aktiviti PMC…korang pon tau siapa kami


Harapan kami.

Kami cuba berkongsi kegembiraan menginap di TBR dengan mengenakan sewa pada kadar yang lebih murah dan mampu bayar kepada semua orang. Kami boleh berbuat demikian kerana unit ini adalah unit peribadi, dan kami cuba mengurangkan kos seminimum mungkin.

Kami juga berharap agar penyewa2 unit kami dapat menjaga menjaga/menggunakan segala peralatan di dalam unit kami dengan baik. Kami juga berharap supaya penyewa penyewa tidak mengambil barang kami, secara sengaja maupon tidak sengaja. Minta kerjasama penyewa agar memeriksa terlebih dahulu sebelum checkout, sama seperti anda buat semasa hendak check out hotel.