Sunday, January 4, 2009

FAQ

Apa beza Tiara Beach Resort dengan Best Western?
Best Western adalah company baharu yang mengambil alih urusan daripada pihak pentadbiran yang lama. sekarang Tiara Beach Resort dikenali sebagai Best Western.

Studio ni bilik macam mana? apartment 2 bilik pula mcm mana?
Studio ni bilik macam hotel. anda masuk, terus nampak katil (2 Super single). sesuai untuk 2-4 org. Apartment 2 bilik pula ada 2 bilik, bilik pertama ada 1 katil queen, bilik kedua ada 2 katil super single

Apa beza unit kami dengan management?
Kami adalah private owner, kami beli kemudian kami uruskan sendiri. semua nombor telefon yang anda dapat daripada website mudah.my atau blog blog persendirian,semuanya adalah private owner. kalau tuan hendak deal dengan management, sila hubungi management.

Unit kami dalam kawasan Tiara Juga?
Ya, unit kami sama blok dengan management, bukan diluar  kawasan Tiara.

Kalau 2,3 malam, boleh dapat diskaun?
Setakat nie, harga yang kami tawarkan ini adalah murah berbanding dengan TBR sediakan. Oleh itu tiada diskaun diberikan.tapi anda boleh mencuba nasib..tak salah kan ;)

Apa kemudahan yg disediakan dalam bilik itu?
Standard, 1 peti sejuk kecil, 1 water heater, 2 helai towel, sabun, 4 biji bantal.bg apt 2blk pula towel adalah 4helai

ada extra bed?extra pillow?
nope..tiada...semuanya seperti diatas...kami cuba mengekalkan harga pada minimum dgn tidak menyediakan barang2 tambahan.

kolam tuh masuk kene bayar tak?
dahulunya PERCUMA. kemudian gelang diperkenalkan, masih percuma. mulai 2011 hendak mandi kene bayar. Boleh Rujuk Jadual harga gelang

Boleh buat BBQ?boleh masak?
Tak boleh masak dan buat bbq sendiri.

Ada nyanyi2, persembahan?
Kene refer jadual di TBR

Berapa org boleh masuk masuk bilik dalam sesuatu masa?
Kami cadangkan 2 hingga 5 org sahaja. Kerana bilik adalah studio type.kalau apt 2blk 6-8org.


Mcm mana nak tau bila nak checkin, jumpa siapa?
Bakal2 penyewa akan dapat sms dari saya, memberitahu details cara untuk,bila,dgn sapa berurusan untuk checkin. Penting bagi saya untuk tau no HP bakal penyewa. Unit2 kami TIDAK ADA KAITAN dengan TBR, so jangan pula pergi ke frontdesk TBR untuk minta kunci, mmg takkan ada

Breakfast disediakan?
Tidak, kerana ini adalah unit peribadi, bukan dibawah pengurusan langsung TBR.

Makan di dalam TBR atau diluar?
Bergantung pada anda, jika malas untuk keluar, boleh sahaja makan di dalam compound TBR.kalau inginkan kelainan, boleh mencuba pelbagai jenis makanan di luar.

Macam mana hendak pulang kunci dan checkout?
Boleh call contact person kami.

Boleh checkin awal tak?
Standard checkin adalah pukul 3 petang. Sekiranya bilik disiapkan awal,bolehlah checkin awal (sedikit).untuk cuti sekolah tiada early checkin dibenarkan memandangkan jadual adalah padat.

Macam mana nak bayar balance?
Balance boleh dibayar semasa ambil kunci pada org yg pass kunci.


Kereta boleh parking dalam compound TBR?
Untuk unit Studio, 1 kereta dibenarkan. Untuk apartment 2 bilik, 2 kereta dibenarkan

Tiara Beach Resort ni dekat dengan laut tak?
Tiara Beach Resort bukan terletak berdekatan dengan pantai. anda perlu naik kereta untuk pergi ke pantai terdekat (blue lagoon) 4km, dan 8km ke teluk kemang. Tarikan utama Tiara Beach Resort adalah kolam buatannya yang besar.

saya tak percaya awak? Mcm mana saya nak tau awak nie penipu ke, apa ke?ntah2 takde bilik.
Kami PMC tidak memaksa anda semua untuk percaya pada kami.terpulang pada anda. Tapi bagi yang tau siapa kami, pernah menginap di TBR unit kami, atau pernah join aktiviti PMC…korang pon tau siapa kami. Tuan/ Puan pon boleh cuba contact management :) 


Harapan kami.

Kami cuba berkongsi kegembiraan menginap di TBR dengan mengenakan sewa pada kadar yang lebih murah dan mampu bayar kepada semua orang. Kami boleh berbuat demikian kerana unit ini adalah unit peribadi, dan kami cuba mengurangkan kos seminimum mungkin.

Kami juga berharap agar penyewa2 unit kami dapat menjaga menjaga/menggunakan segala peralatan di dalam unit kami dengan baik. Kami juga berharap supaya penyewa penyewa tidak mengambil barang kami, secara sengaja maupon tidak sengaja. Minta kerjasama penyewa agar memeriksa terlebih dahulu sebelum checkout, sama seperti anda buat semasa hendak check out hotel.

No comments: